Monday, July 29, 2013

Assalamualaikum ^^

Topik kali ini berkisarkan kehidupan secara ringkas. In Sha Allah.




Kehidupan merupakan anugerah terindah daripada Allah bagi setiap insan yang bergelar
 hambanya di muka bumi ini.Namun,seringkali kita melihat senario sebuah kehidupan dicemari 
dengan  titis-titis noda dan dosa.Mengapa ? Tidakkah seharusnya kita bersyukur ? Nikmat 
manakah yang menyakiti kita sehinggakan kita sanggup berbuat sedemikian ? Allahuakhbar.

Semua orang mempunyai jalan kehidupannya sendiri kerana manusia itu fitrahnya dilahirkan
 dalam keadaan  berbeza kemampuannya.Ya,mungkin kita melihat dari aspek tersebut bahawa
 Allah telah "pilih kasih" dalam mengurniakan nikmat.Kenapa harus menyalahkan Allah S.W.T
 walhal Allah lah yang telah menciptakan kita,yang tahu tahap kemampuan kita. Ciptaan Allah 
manakah yang kita lihat terdapat perkara yang sia-sia di muka bumi ini ? Segala yang wujud,
segala yang terjadi pasti ada kebaikan di sebaliknya cuma menunggu masa untuk diterokai 
kebaikan mahupun hikmah disebalik segalanya.

Saudara mahupun saudari yang dikasihi,sedarlah,kehidupan ini terlalu singkat untuk kita 
persendakan, menuruti nafsu dunia hanyalah melalaikan kita akan erti kehidupan yang hakiki.

Dengan sisa kehidupan yang masih berbaki ini,sama-samalah kita berusaha kembali ke jalan 
yang benar .Sabar dan istiqamahlah  beribadat kepada Allah dengan sebaik-baik taqwa kerana 
kesudahan yang baik hanyalah bagi orang yang bertaqwa.


In Sha Allah.


Penutup bicara,
Usah pertikaikan takdir yang ALLAH tentukan;

Teruskan sja kehidupan dengan penuh keberkatan.